COMPANY ACHIEVEMENTS
MSQ MEMBUAT KERJASAMA DENGAN WAKIL KERAJAAN THAILAND 
Oleh NASRUL ALI HASAN    28 Oktober 2023
Nakhon Ratchasima, (28 Oktober): Pengarah Urusan MSQ Engineering & Solution Sdn Bhd, Tuan Rehanfairuz Mohd Jamil menandatangani kerjasama bersama wakil kerajaan Thailand Senator Dr. Wareerat Siri, House of Representative Thailand
 
TEROKAI MANFAAT ESG MELALUI PERDAGANGAN KARBON
Oleh MOHAMAD ATHIR BIN ISMAIL    28 Oktober 2023, 5:27 pm
PENGARAH Urusan Petro Teguh Sdn. Bhd, Datuk Seri Azmin Mustam Abdul Karim (kanan) bertukar MOU dengan Rehanfairuz Mohd. Jamil sambil disaksikan Senator House of Representative Thailand Dr. Wareerat Siri pada Agro Fex 2023 dekat Central Korat di Nakhon Ratchasima, Thailand, hari ini.

SHAH ALAM: Amalan terhadap dasar alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) menjadi antara fokus syarikat MSQ Engineering & Solutions Sdn. Bhd. (MSQ) dalam perdagangan karbonnya.

Malah, mereka turut mengadakan kerjasama dengan pelbagai syarikat termasuk di Thailand untuk membangunkan laporan ESG bagi pemain industri di Malaysia sebelum memperluaskan potensinya ke perdagangan kredit karbon.

Pengarah Urusan MSQ, Rehanfairuz Mohd Jamil dalam satu kenyataan berkata, MSQ kini menyertai menyertai Agro Fex 2023 di Central Korat Thailand untuk memberi kesedaran dan berkongsi peluang kepada semua sektor perusahaan dan industri di Thailand untuk membangunkan laporan ESG lebih efektif.

“Membangunkan laporan ESG yang lebih efektif dan menepati piawaian antarabangsa dengan menggunakan platform digital solusi penuh milik MSQ dan menggali potensi kredit karbon yang boleh digunakan semula atau dipasarkan sebagai salah satu usaha menangani perubahan iklim dunia yang semakin berbahaya.

“Petro Teguh Sdn Bhd turut menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bersama MSQ bagi menerokai usahasama dalam mempertingkatkan kesedaran dan membangunkan laporan ESG bagi pemain industri di Malaysia,” katanya, hari ini.

Beliau menambah, Kolaborasi MSQ bersama syarikat tempatan dan antarabangsa ini akan membuka peluang untuk meningkatkan lagi kesedaran dan rasa tanggungjawab industri untuk sama-sama menjaga alam sekitar.

Dalam pada itu, Rehanfairuz turut berhasrat mengembangkan kerjasama tersebut ke sektor pertanian termasuk bidang akuakultur dan pembuatan yang berpotensi menghasilkan kredit karbon menerusi kepakaran daripada MSQ.

“Ini kerana perindustrian di Thailand seperti pertanian, pembuatan serta pengeluaran produk-produk makanan di sini sudah lebih ke hadapan dalam mengurus sisa biogas dan biojisim yang menjurus kepada pembangunan teknologi hijau selain daripada mengekalkan hutan mereka,” ujarnya. – UTUSAN

MSQ, UM BANGUNKAN TEKNOLOGI BAGI PERDAGANGAN KARBON
Oleh Manzaidi Mohd Amin - 23 August 2023
Dato' Prof Ir Dr. Mohd Saleh (duduk kiri) dan Narumon (duduk kanan) menyaksikan Rehanfairuz (dua dari kiri) dan Charinrat (dua dari kanan) menandatangani dokumen MoU antara MSQ dengan Brodus Projek.

KUALA LUMPUR – MSQ Engineering & Solution Sdn. Bhd. mengumumkan kerjasama rasmi dengan Universiti Malaya (UM) dalam usaha pembangunan teknologi bagi perdagangan karbon secara sukarela dan program pelaburan ESG di Asia Tenggara.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MSQ, Rehanfairuz Mohd Jamil, program dengan UM menerusi Jabatan Geografi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial itu dijangka bermula pada suku terakhir tahun ini di Thailand.

Katanya, pihaknya juga menandatangani Memorandum Tawaran Projek Perdagangan Karbon di Thailand bersama Brodus Project Co. Ltd yang turut hadir pada majlis tersebut.

“MSQ telah pun memulakan usaha untuk merealisasikan perdagangan karbon di Thailand sama ada di pasaran tempatan mahupun antarabangsa.

“Ini selari dengan usaha kerajaan Thailand yang telah memulakan inisiatif sejak September tahun lalu bagi mencapai karbon sifar menjelang 2050 serta menangani kemerosotan ekosistem, biodiversiti, kesihatan serta perubahan iklim,” katanya di sini, hari ini.

Pada majlis itu, beliau bersama Pengarah Urusan Brodus Projek, Charinrat Netsuepsai menandatangani MoU yang disaksikan Pengerusi MSQ, Prof. Datuk Ir. Dr. Mohd Saleh Jaafar dan wakil Brodus Projek, Narumon Boribal.

Turut hadir, Pensyarah Jabatan Geografi UM yang juga Ketua Penyelidik Inisiatif Perdagangan Karbon MSQ, Dr. Nisfariza Mohd Noor dan Penasihat Pembangunan Perniagaan Brodus Projek, Apollon Zorich.

Menurut Rehanfairuz, gabungan pakar industri bertauliah dari MSQ dan kerjasama dengan kumpulan saintis serta penyelidik daripada UM sejak 2022 berjaya membangunkan teknologi solusi penuh melibatkan mekanisme berteknologi tinggi, operasi dan pasaran yang terbukti melalui penyelidikan terperinci serta melakukan kajian kes sebenar di lapangan.

Teknologi itu, katanya, bukan semata-mata platform kalkulator kredit karbon seperti terdapat di pasaran, tetapi menggabungkan teknologi perlombongan data melalui ‘remote sensing’ dan dron.

“Teknologi ini kemudiannya dipindahkan ke dalam platform pangkalan data dan aplikasi secara langsung, sebelum diproses mengikut piawaian dan kaedah ditetapkan di peringkat global.

“Sistem ini juga memaparkan data lebih tepat dan menjamin integriti data yang akan digunakan bagi perdagangan karbon, selain turut melindungi privasi data pelanggan bagi menjaga kepentingan awam dan kedaulatan negara masing-masing sepanjang tempoh program dilaksanakan,” katanya.

Kata beliau, Thailand akan menjadi negara pertama menggunakan teknologi itu kerana kesiapan negara tersebut, terutama pemain industri pelbagai sektor yang bersedia melakukan perdagangan karbon.

Hasil daripada inisiatif pembangunan teknologi itu membuka ruang dan peluang untuk memperluaskan lagi usaha perdagangan karbon menuju karbon sifar pada tahun 2050 di seluruh Asia Tenggara khususnya di Malaysia pada masa depan. – MalaysiaGazette

PROMOTING LEADING GLOBAL CLIMATE STANDARD

Copyright@MSQ Engineering & Solution Sdn Bhd (2023)